Dan ta`atlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Wednesday, May 4, 2011

Syarat sah amal ibadah

Ulama ahli sunnah wal jammaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakaukan amalan yang sia-sia kerena ia tidak diterima Allah. Kaedah yang dimaksudkan adalah amal ibdah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba') sunnah Nabi s.a.w yang thabit.

Sunnah yang thabit bermaksud hadis-hadis nabi yang berstatus sahih dan hasan. Hadis sahih adalah hadis yang dirawayatkan oleh perawi-perawi yang adil dan dhabith ( hafalan yang kuat dan cermat ) dari awal hingga akhirnya, tidak syadz (hadis sahih berlawanan dengan riwayat hadis seorang perawi yang lebih sahih) serta tidak terdapat 'illat qaadihah (celaan pada sanad)
hadis hasan menurut lughah (bahasa) adalah hadis yang baik atau bagus tetapi tidak mencapai status sahih mungkin kerana dalam sanadnya terdapat perawi kurang dhabith. Ulama telah bersepakat bahawa hadis yang sahih dan hasan boleh diterima untuk dijadikan sebagai hujah dalam menetapkan sesuatu hukum.

Firman Allah S.W.T :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maksudnya:
" Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" -surah al-mulk :2 -


kini ku kembali setelah setahun tidak mengaktifkan blog ini.. insyaAllah, untuk tahun ini, isi yang akan lebih ku utarakan mengenai Islam... percayala wahai sahabat ku sekalian, kini kita berada pada akhir zaman.. sedarla ka kita atau tidak,cukup ka bekal kita semua.. renung-renungla bersama kita..

Monday, October 18, 2010

Cara membuat Buku telefon Menggunakan OpenOffice Base

Buku telefon merupakan 1 cara untuk membantu kita mengingat no telefon seseorang. Melalui penggunaan OpenOffice Base ini dapat membantu.

Langkah 1 : Mula-mula anda perlu membuka pada bahagian Open Office Base. anda akan
melihat gambar tersebut. Anda cuma perlu tekan Finish.

Langkah 2 : Klik pada bahagian table untuk mula membuat bahagian yang terdapat dalam buku telefon anda.

Seterusnya ada isi pada bahagian table tersebut dengan maklumat yang anda ingin masukkan dalam buku telefon tersebut.

Langkah 3 : ketika kita perlu save data-data tersebut terlebih dahulu.

Langkah 4 : Buka pada bahagian Form , klik pada use wizard untuk membantu anda mencipta form. selepas itu, anda akan dikehendaki pilih maklumat yang ingin anda masukkan dalam buku telefon.

setelah anda siap memilihnya. Anda akan meneruskan dengan menyiapkan maklumat yang ingin anda isi dalam data tersebut.

Anda cuma perlu masukan kesemua orang yang anda ingin masukkan dalam maklumat tersebut. setelah selesai, save dan tutup.

Langkah 5 : Buka pada bahagian Queries, anda akan membuat pilihan seperti form pada awal tadi. Anda hanya perlu isi data yang anda inginkan sahaja.

setelah selesai, Anda cuma perlu Save dan tutup.

Langkah 6 : Setelah selesai, anda akan membuat laporan untuk Buku telefon yang anda ingin cipta tersebut.
Anda akan memilih data yang anda ingin masukkan,setelah memilihnya, anda cuma perlu klik pada finish kerana ia akan mambantu anda. Selepas itu, laporan nya akan selesai.

SELAMAT MENCUBA.......

Sunday, October 17, 2010

Cara membuat OpenOffice Calc

Mencipta perbelanjaan Semester

Mula-mula buka openoffice calc

Langkah 1 : Isi ayat pada kotak B1 dengan menulis Belanjawan Pelajar Tahun 1 Semester 1 Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Selepas itu, tekan merge cell di setiap ruang tulis tersebut..

Langkah 2 : Isi Maklumat dari A3 hingga F3 dengan maklumat seperti BIL, Perkara dan Jumlah.

Langkah 3 : Isi butir yang yang hendak kita letakkan pada perkara tersebut..

Langkah 4 : letakkan Jumlah keseluruhan Pada bahagian di bawah sekali lagi untuk menunjukkan bahawa itu jumlah keseluruhan perbelanjaan anda..

Langkah 5 : untuk membuat kotak atau garis pada jadual itu. sila klik bahagian format dan kemudia pilih cell.. akan keluar pilih tersebut, anda pilih bahagian border untuk membuat garisan tersebut.

Langkah 6 : untuk memperlihatkan buku akaun anda berwarna warni, anda cuma perlu klik pada bahagian background colour..

contoh :-

Friday, October 8, 2010

cara membuat book fold menggunakan microsoft word

Antara cara-cara untuk menyediakan book fold ialah:

1) Pergi ke Microsoft Word
2) Di tool bar, pilih Page Layout, klik orientation dan pilih landscape
3) Kemudian dalam margins, klik custom margins, dalam multiple page pastikan dipilih book fold dan klik Ok.
4) Seterusnya penuhkan ruangan book fold dengan maklumat yang dikehendaki mengikut kreativiti sendiri.

cara membuat browser dalam Microsoft word


Antara langkah-langkah untuk membuat browser ialah:

1) Pergi ke Microsoft Word
2) Pilih Page Layout di tool bar, klik orientation dan pilih landscape
3) Kemudian pilih margins, klik custom margins, dalam multiple page pastikan normal.
4) Seterusnya klik Columns, pilih three
5) Akhir sekali penuhkan ruangan browser dengan maklumat yang dikehendaki mengikut kreativiti sendiri.

Tuesday, October 5, 2010

CARA MEMBUAT TABEL DENGAN EXCEL


ini merupakan cara membuat tabel pada microsoft excel..
sedia maklum bahawa, penggunaan microsoft excel ini merupakan satu cara untuk membuat jadual atau table.
microsoft excel ini mempunyai banyak kepentingan khususnya kepada guru-guru untuk membuat jadual senarai pelajar atau pemarkahan pelajar.