Sunnah yang thabit bermaksud hadis-hadis nabi yang berstatus sahih dan hasan. Hadis sahih adalah hadis yang dirawayatkan oleh perawi-perawi yang adil dan dhabith ( hafalan yang kuat dan cermat ) dari awal hingga akhirnya, tidak syadz (hadis sahih berlawanan dengan riwayat hadis seorang perawi yang lebih sahih) serta tidak terdapat 'illat qaadihah (celaan pada sanad)
hadis hasan menurut lughah (bahasa) adalah hadis yang baik atau bagus tetapi tidak mencapai status sahih mungkin kerana dalam sanadnya terdapat perawi kurang dhabith. Ulama telah bersepakat bahawa hadis yang sahih dan hasan boleh diterima untuk dijadikan sebagai hujah dalam menetapkan sesuatu hukum.
Firman Allah S.W.T :
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maksudnya:
" Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" -surah al-mulk :2 -
No comments:
Post a Comment